Hadis 40 Imam Nawawi - Hadis 8 - Kehormatan Muslim

Saturday, August 13, 2011



HADIS KELAPAN

Daripada lbnu 'Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka naik saksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad utusan Allah, sehingga mereka mendirikan sembahyang dan membayar zakat. Apabila mereka telah berbuat demikian, maka mereka telah memelihara darah mereka dan harta mereka daripada aku, melainkan dengan hak lslam, dan hisab perhitungan amal mereka terserah kepada Allah Ta'ala."  

(Riwayat al-Bukhari no.25, Muslim no.22 dan Ahmad no. 68)

  HADITH 8


Abdullah bin Omar narrated that the messenger of Allah, sallallahu 'alayhi wasallam, said:

"I have been ordered to fight against people until they testify that there is no god but Allah and that Muhammad is the messenger of Allah and until they perform the prayers and pay the zakat, and if they do so they will have gained protection from me for their lives and property, unless [they do acts that are punishable] in accordance with Islam, and their reckoning will be with Allah the Almighty."

[Al-Bukhari and Muslim]   

Pelajaran yang terdapat dalam hadits / الفوائد من الحديث :

1.     Pemerintah dibolehkan memerangi orang enggan membayar zakat.

2.     Diperbolehkannya membunuh orang yang mengingkari solat dan memerangi mereka yang menolak membayar zakat.

3.     Tidak diperbolehkan berlaku sewenang-wenang terhadap harta dan darah kaum muslimin.

4.     Diperbolehkannya hukuman  mati bagi setiap muslim jika dia melakukan perbuatan yang menuntut dijatuhkannya hukuman seperti itu seperti : Berzina bagi orang yang sudah menikah (muhshan), membunuh orang lain dengan sengaja dan meninggalkan agamanya dan jamaahnya (murtad).

5.     Dalam hadits ini terdapat jawaban bagi kalangan murji’ah yang mengira bahawa iman tidak memerlukan amal perbuatan.

6.     Tidak mengkafirkan pelaku bid’ah yang menyatakan keesaan Allah dan menjalankan syari’atnya.

7.     Didalamnya terdapat dalil bahawa diterimanya amal yang zahir dan menghukum berdasarkan sesuatu yang zahir sementara yang tersembunyi terserah kepada Allah.
           

0 comments:

Post a Comment